Mentang2 laaa kurang sebulan mama bercuti.. abis semua username ngan password blog ni mama lupa... kene laa buat akaun baru dan mtk let invite semula.
Skarang nih, waktu 1st time mama post blog ni, usia Fahim baru 2 bulan 7 hari. Senang nak kire umur adik ni sebab dia lahir 1 Januari. Berat adik skarang dah 5.45kg. Naik sekilo lebih dr bulan lepas. Fahim memang kuat menyusu kalau nak dibandingkan ngan Haziq, tapi kuat muntah. Mana tidaknye.. perut penuh.. tapi masih nak diisi ngan susu. Overload laaa... Fahim juga dah pandai respond kalau orang berbual atau mengagah dia. Bukan main lagi dia berbunyi... bulat2 mata tengok orang agah dia.
Fahim dijaga oleh orang yang sama jaga Haziq. Senang 1 tempat. Haziq pun boleh tengok2 adik dia. Haziq sayang kat Fahim. Selalu kalau Fahim nangis.. Haziq laa yang akan sibuk cr botol adik dia.. nak kasi kat adik dia. Sweet kan! Kalau ada dia baring kat rocker tuh.. dia yang enjut2.. hehe. Mama doakan keakraban Haziq ngan adik akan berkekalan sampai tua kelak.
So far, adik still dpt bekalan susu badan dr mama dan mama harap dapat menyusukan adik paling kurang pun hingga adik setahun. Itu azam mama. Mama juga berazam untuk membahagi masa sebaik mungkin sebagai seorang isteri dan ibu. Mudah2an Allah permudahkan setiap urusan mama sebagai isteri dan ibu.
Ermm.. setakat ni dulu update mama untuk blog Fahim. Semoga Fahim cepat sihat. Selsema plak dia semalam ngan ari nih.
2 comments:
rupa fahim, sebijik macam walid kecik2.
eleh... let syok sendiri..:P
Post a Comment