Fahim sepatutnya dilahirkan pada 24 Disember 2006. Tapi agaknye syok duduk dlm perut mama ni... 1 Januari 07 baru dia nak keluar. Nak jadi baby new year rupenya. Walaupun lahir pada tahun baru... mama tak dapat hamper pun. Hampeh betul laaa hospital sultanah aminah nih. Tapi tu bukan perkara penting.. yang penting.. anak mama dilahirkan ke dunia dengan keadaan yang sihat walaupun tali pusat juga terlilit seperti Haziq. Cuma Fahim tak lemas cam abang. Alhamdulillah semuanya selamat.
Memandangkan mama dah overdue.. jadi, pada 30 Disember 2006 mama warded di Hospital Sultanah Aminah. Sedih rasanya sendirian di hospital pada malam raya haji sebab yang lain semua kat rumah. Abis duit mama dihabiskan untuk membeli majalah dan bahan2 bacaan yang lain untuk menghilangkan rasa boring. Let bengkek ngan mama sebab duit tuh dia yang kasi. ahaks!
Pada 31 Disember, pukul 6 pagi, mama dimasukkan ubat (induce) bagi membolehkan pintu rahim terbuka. Tapi sampai laa ubat habis setelah 6 jam, pintu rahim hanya terbuka 3cm. Puas laaa lepas induce tu mama main tangga turun kedai bawah dengan tujuan nak senang beranak dan nak cepat terbuka pintu rahim.. tapi besar tuh jer sampai malam. Memang adik tanak keluar lagi masa tuh.
Pada 1 Januari 07, jam 4 pagi. Mama terjaga sebab rasa sakit dibahagian ari2. Kakak sebelah katil mama pun terjaga juga sebab dia pun sakit. Kami sama2 pergi ke bilik saringan. Nurse kata baby jauh lagi. Padahal nurse tu pemalas nak buat taik mata lebih. Dia suruh tunggu Dr. kol 6 pagi nanti. So, balik lah 2 mak buyung ni ke katil semula sambil menahan sakit contraction.
Bila dah pukul 6 pagi.. kali dipanggil ke bilik saringan dan bila diukur, bukaan serviks mama dah 4cm. tapi labour room pulak penuh. Mama dihantar semula ke katil sementara menunggu kekosongan di labour room. Apalagi.. mama terus call Let soh datang untuk teman mama lahirkan adik nanti. Dekat jam 7, let sampai. Let tolong urut2 pinggang mama yang sakit. Beberapa kali let disuruh keluar oleh guard minachi tapi mama tak kasi let keluar. Hehe.
Tiba-tiba, mama rasa basah kat kain mama, rupanya air ketuban dah pecah. Sakit mulai kerap seminit skali. Kemudian mama suruh let ckp pada nurse yang mama dah sakit sangat dan air ketuban pun dah pecah. Mama dibawa ke bilik saringan, bukaan serviks dah 5cm. Labour room pun dan ada kosong. Apalagi, cam naik F1 mama ditolak atas stracher. Pukul 8am mama masuk labour room, 8.45am Syed Fahim selamat dilahirkan di dunia dan detik2 bersejarah tu sempat dirakamkan oleh let menggunakan hp atok.
(Fahim sewaktu dilahirkan)
(Fahim setelah dibersihkan)
1 comment:
Syed Fahim many
Post a Comment