Sejak beberapa bulan yang lepas, kami sudahpun putuskan untuk menamakan anak kedua kami 'Fahim'. Maksudnya sama dengan 'Haziq'. Mengikut perkiraan doktor, Fahim akan dilahirkan pada 24 Desember tetapi, seperti yang telah ditetapkan oleh Allah, pada pagi tahun baru 2007, jam 8.45am bertempat di hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Fahim dilahirkan dengan penuh rasa syukur. Tidak sampai 45 minit pun mama di wad bersalin.
Berat Fahim 3.3kg. Dengan peristiwa Haziq dimasukkan ke wad ICU selama seminggu kerana pneumia atau jangkitan kuman ke paru-paru, kali ini kami lebih berhati-hati. Persiapan lebih rapi dan tidak mahu harapan terlalu tinggi. Alhamdullilah, akhirnya semuanya selamat dengan tiada komplikasi. Terima kasih kepada sahabat handai dan saudara-mara yang banyak memberikan sokongan dan kekuatan kepada kami.
Sekarang Fahim telah pun pulang ke rumah atuk di Taman Rinting. Sedikit kekuningan tetapi kami berharap Fahim akan kembali sihat sepenuhnya dalam masa yang terdekat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment